Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

AMALAN SUNAT HARIAN YANG PENULIS KONGSIKAN

1.MEMBACA SURAH AL WAQIAH SELEPAS SUBUH DAN MAGHRIB 2.MEMBACA SURAH YASIN SELEPAS SUBUH DAN MAGHRIB 3.SOLAT SUNAT DHUHA 6 RAKAAT 3X SALAM 4.SOLAT TAHJUD 6 RAKAAT 3X SALAM 5.ZIKIR ISTINJA' 100X SELEPAS SUBUH DAN ASAR INSYAALAH DENGAN AMALAN HARIAN INI JIKA DILAKUKAN SECARA KONSISTEN AKAN BERLAKU PERUBAHAN YANG KETARA KEPADA DIRI PENGAMALNYA.TAPI JANGAN LUPA SOLAT LIMA WAKTU ADALAH FARDU JANGAN SESEKALI DITINGGALKAN.MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEREDHAI KITA SEMUA.

Kelebihan Solat Terawih Dan Puasa Dibulan Ramadhan

Antara kelebihan Solat Sunah Tarawih sepanjang bulan Ramadhan mengikut hadis Sayidina Ali Abi Talib ra. Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan. Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya. Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka. Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Bai