TERAPI BEKAM SUNNAH APA ITU BEKAM.....????


BEKAM dalam Bahasa Arab dikenal dengan hijamah dan dalam Bahasa Inggeris Cupping adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.

Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.

Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaidah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sehat dan minda yang cerdas adalah factor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistim darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan fisik dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa.




KEBAIKAN DAN KEGUNAAN BEKAM

 Kebaikan dan Kegunaan Bekam untuk:

1. Membuang angin dalam badan

2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan

3. Melancarkan peredaran darah

4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat

5. Membuang racun / tosik dalam badan.


Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan  manusia, Bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW.

Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Mohammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung didalam pengamalan ini.


JANJI RASULULLAH S.A.W BAHAWASANYA BEKAM DI SATU TITIK SEKITAR KEPALA SAHAJA DAPAT MENYEMBUH 72 JENIS PENYAKIT

sabda Rasulullah s.a.w:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
"hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dgn bekam di Qomahduah (satu titik dibahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.-HR THOBRONI

PENDUDUK LANGIT MENGANJURKAN SUPAYA PENDUDUK BUMI BERBEKAM

sabda Rasulullah s.a.w:
ما مررت ليلة اسري بي بملاء الا قالوا يا محمد مر امتک بالحجامة
"aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra'kan kecuali mereka(para malaikat) berkata: wahai muhammad! perintahlah umatmu berbekam"-HR TARMIZI&BAIHAQI

Daripada hadis2 tersebut dapat difahami bahawasanya bekam ini merupakan satu kaedah pengubatan yg sangat ampuh bagi umat manusia sejagat.




MANFAAT & KELEBIHAN BEKAM
Berbekam ni banyak manfaatnya diantaranya:

   1. Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
   2. Meningkatkan daya tahan tubuh badan
   3. Mencuci darah
   4. Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
   5. Sangat berkesan mengatasi racun
   6. Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
   7. Dapat mengatasi sakit kepala,migrin dan sakit gigi
   8. Mengatasi gangguan tekanan darah
   9. Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden


FADHILAT / FAEDAH BEKAM
Dengan berbekam kita telah beramal dengan salah satu Sunnah Nabi saw. Bekam amat berkesan untuk merawat berbagai penyakit, di antaranya :

Ø Sakit sendi
Ø Gout
Ø Lenguh
Ø Kebas
Ø Kencing manis
Ø Darah tinggi
Ø Leukimia
Ø Lumpuh
Ø Maigrain
Ø Lemah badan
Ø Resdung
Ø Strok/angin ahmar
Ø Sakit angin
Ø Sesak nafas
Ø Lemah tenaga batin

JENIS-JENIS BEKAM

Bekam terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :


1. BEKAM ANGIN/KERING (جافة)
Mengeluarkan angin dari badan dengan kaedah sedutan.

2. BEKAM URUT (تدليك)
Menggosok/mengurut badan dengan menggunakan cawan bekam bersama minyak zaitun atau minyak pudina.

3. BEKAM DARAH/BASAH (رطبة)
Membuat luka/calar kecil di luar permukaan kulit dan darah kotor dikeluarkan melaluinya dengan kaedah sedutan


BEKAM DAPAT MERAWAT PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI RACUN DAN SIHIR

Dari ka'ab bin malik r.a beliau meriwayatkan bahawasanya seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di khaibar,Beliau bertanya "Apakah ini?" wanita itu menjawab "Hadiah." wanita itu cukup berhati-hati supaya tidak sampai mengatakanya sedekah,sehingga beliau tidak mau memakanya sama sekali. kemudian Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan, tiba-tiba Beliau bersabda "Hentikan," kemudian Beliau bertanya kpd wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini?" wanita itu menjawab,"ya," Beliau s.a.w bertanya "kenapa?", wanita itu menjawab " aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta,orang2 akan segara boleh beristirehat dari kedustaanmu,tetapi seandainya engkau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu," Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam,tetapi sebahagian dari mereka meninggal. (HR BUKHORI)


Bekam (cupping) adalah sunnah Nabi s.a.w dan merupakan mukjizat perubatan
PENGENALAN

Sabda Rasulullah s.a.w :
تداووا فان الله لم يضع داءالا وضع له شفاء علمه من علمه وجهله من جهله
(Disohihkan oleh Ibn Hibban dan Hakim)


"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah,sesungguhnya Allah s.w.t tidak menciptakan sesuatu penyakit, kecuali dia menciptakan ubat baginya ... diketahui bagi yang mngetahui dan tidak diketahui bagi yang tidak mngetahui.


dari Jabir r.a beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda:



لکل داء دواءفاذا اصيب دواء الداء برا باذن الله تعالى


"setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujudlah kesembuhan dengan izin Allah ta'ala"
(HR MUSLIM)


Dapat difahami daripada hadis tersebut,bahawasanya berubat adalah merupakan perintah syariaat dan juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.


Dan kunci penyembuhan itu terletak pada 3 perkara:

   1. memelihara kesihatan dan melazimkan makan makanan yg boleh meningkatkan kualiti kesihatan spt: suplement dan sebagainya.
   2. mencegah segala perkara yg boleh memudharatkan kesihatan spt arak,dadah,rokok dan sebagainya.
   3. mengeluarkan unsur kerosakan yg ada dalam tubuh badan spt mengeluarkan wap yg menimbulkan masaalah kesihatan pada otak,juga mengeluarkan darah yang mengandungi campuran unsur2 penyakit yg dikenali sebagai BEKAM.

SEJARAH BEKAM

penggunaan bekam pertama kali oleh manusia ialah pada zaman Nabi Allah Luth a.s, kaum Nabi Luth a.s apabila ada orang asing lalu dikawasan mereka,mereka akan melempari kepala orang itu dgn batu sehingga mengalirkan darah,lantas mereka mendatangi orang tersebut dan meminta bayaran daripadanya sebagai upah atas darah kotor yg telah mereka keluarkan.
kisah ini mengisyaratkan sudah lama penggunaan bekam sebagai cara pengubatan,sejak zaman itu hingga zaman Rasulullah s.a.w seterusnya hingga kehari ini.

BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YG DIPAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W

sabda Rasulullah s.a.w :
الشفاء في ثلاثة شربة عسل وشرطة محجم وکية نار وانى انهى امة عن الکي
"penyembuhan itu terdapat pada tiga hal , minum madu,torehan alat bekam,kay(bakar dgn api), sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' "- HR BUKHORI
ان کان في شىء من ادويتکم او يکون في شىء من ادويتکم خير ففي شرطة محجم او شربة عسل او لذعة بنار توافق الداء وما احب ان اکتوي
"jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamumaka ia terdapat pada alat torehan bekam,minum madu, atau 'kay',tetapi aku tidak suka berubat dgn api"-HR BUKHORI
Waktu yang afdhal dan sesuai untuk berbekam ialah :

1. Bulan ke 5,6,7,8 bulan Islam
2. Tarikh 17, 19, 21 dan lima hari selepasnya mengikut bulan Islam atau 2 hari sebelumnya.
3. Waktu pagi atau petang ( 2-3 pm )
4. Pada musim panas.



Apa itu bekam?
Ia adalah proses mengeluarkan darah kotor bagi tujuan kesihatan. Dalam ilmu perubatan moden, darah kotor adalah venous blood yang mengandungi CO2 dan bahan kumuh yang lain. Dan pendekatan bekam Nabi s.a.w pula diistilahkan sebagai periodic phlebotomy di mana darah kotor dikeluarkan secara beransur-ansur. Kontroversi bekam terjadi di eropah bilamana darah dikeluarkan dengan banyaknya sekali gus. Ini boleh mengakibatkan maut!!!!

BEKAM CARA NABI

Nabi berbekam di bahagian kepala dan antara 2 bahu baginda
Berbekam secara periodic setiap bulan
Gunakan peralatan yang bersih – untuk elakkan jangkitan kuman atau virus
Jangan berbekam jika ada masalah proses pembekuan darah

Perawatan dengan kaedah Bekam ini memberi banyak faedah kebaikan kepada manusia sejagat, antaranya ialah:
1. Sihat tubuh badan
2. Menghilangkan keletihan dan penat badan
3. Mengimbagi daya tahan badan
4. Buang angin dalam kepala khusunya sakit kepala
5. Buang darah – buang toksik darah
6. Sakit urat
7. lemah-lemah otot dan lain-lain lagi



  HUBUNGI KAMI DI

   

    UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN SILA BUAT TEMUJANJI SEKURANG-KURANGNYA 1 JAM SEBELUM MENDAPATKAN RAWATAN

    013 - 6234262
   


2) Bekam Sunnah Thibbun Nabawi RM70 (10 Point)

Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu menggunakan kaedah sayatan pisau bekam.Kaedah bekam thibbun nabawi nie memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah,merawat kebas kaki,merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala serta sihir.

3) Bekam Merawat Sihir RM90


Kaedah bekam sihir ini merangkumi semua titik thibbun nabawi dan juga titik sendi badan bagi mengeluarkan semua endapan sihir/darah kotor akibat dari gangguan jin yang bergerak dalam darah manusia.InsyaAllah pengaruh gangguan sihir anda berkurangan sejurus selepas berbekam.

4) Bekam Muka Merawat Jerawat & Resdung RM40

Ia bagus dalam menyedut darah kotor dari bawah kulit muka serta mengecutkan jerawat,menyembuhkan resdung dan wajah pula nampak berseri seminggu selepas berbekam kerana perjalanan darah sekitar muka sudah lancar. 

5) Bekam Overhaul RM110

Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup diseluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum serta menyembuhkan masalah kebas kaki.


Ulasan