Ketidak selesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu.Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki.
Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna
untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu
mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada
kadar yang optimum.
Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang
terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China
dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia.
Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan
mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk
kepada masalah kesihatan tubuh badan anda.
. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen
mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut,
tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar. Secara semula jadi,
tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang
lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun, kedudukan
tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan
tidak diberikan perhatian sewajarnya.
Maksud Titik Refleksi adalah .
Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian
refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik urutan pada
tapak kaki mampu melancarkan pengaliran darah sekali gus memelihara anggota
tubuh yang lain misalnya urutan pada tengah tapak kaki berkesan untuk
merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh selain
membantu melancarkan sistem penghadaman.
Lengkungan tulang tapak kaki setiap orang tidak sama. Secara
umumnya ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lengkungan normal, tinggi atau
rendah.
Urutan refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat
umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu
meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.
Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu
tiga hingga lima kali. Tekanan pada
30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi
kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong.
Urutan ini juga sesuai bagi warga tua yang mengalami sakit
sendi dan sengal tulang kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan
tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang
gemarkan aktiviti lasak. Kebiasaannya masalah kaki tidak dapat dikesan dalam
tempoh singkat dan kesakitan mula dirasai apabila usia mencecah 30 tahun.
Kesakitan kaki mempengaruhi fungsi asas kaki selain membataskan pergerakan.
Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang,
sendi dan ligamen sentiasa terpelihara. Wanita tidak boleh mengabaikan
penjagaan kaki kerana ia sama penting dengan anggota badan yang lain seperti
wajah, rambut dan kuku. Urutan refleksologi kaki ini dilakukan kurang daripada
satu jam. Bagi individu yang mengalami masalah bisa pada bahagian tapak kaki
disaran melakukan rawatan ini untuk memperoleh kelegaan. Individu digalakkan
minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari
badan.
Ulasan