Cerita-cerita saraf
Sistem Saraf Dalam Tubuh
Manusia.
Manusia
sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah makhluk tuhan yang paling mulia
dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan kesempurnaan manusia tidak terbatas
pada bentuk fizikal,tetapi dari segi kejiwaan,
seperti
tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.
(٧) فِىٓ أَىِّ
صُورَةٍ۬ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ (٨) كَلَّا بَلۡ تُكَذِّبُونَ بِٱلدِّينِ
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu
menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu
diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan
kekuatannya. (7) Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun
kejadianmu. (8)
Jasad manusia adalah terdiri daripada:
1. Sel-sel
2.Otot(muscle),
3.Tulang(anatomy),
4. Saraf(nerve),
5. Darah(blood) dll.
Jasad manusia pula
diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang sentiasa bertugas siang dan
malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga ke akhir hayat.Sistem saraf
untuk kesejahteraan badan manusia.
Tugas utama saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti
pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh
sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia
terdiri daripada beribu-ribu
Urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia
dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf
pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang
berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang
berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke
otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf
kepada manusia. Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang menghubungkan
otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri daripada 3
bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu tunjalan
terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang,yang bertugas
sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.Sementara sistem saraf
pinggir pula bertugas sebagai sistem yang menghubungkan sistem saraf pusat
dengan penerima dan penjejas atau dikenali juga sebagai saraf yang
mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot dengan sistem saraf
pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi maklumat dari otak
mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar badan.Organ-organ deria ini
peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan cahaya.Sementara penjejas pula
termasuklah semua struktur yang bergerak balas terhadap maklumat yang diterima
dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.
Hubungan Otot Dan Saraf.
Otot dan
saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan fungsinya.Setiap pergerakan
yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan otot dan saraf.Tindakan antara
otot dan saraf adalah saling berkaitan antara satu sama lain,tidak dapat
dipisahkan.
Bahagian-bahagian
otot utama ialah :
1. Urat
belikat(the dorsal muscle),
2. Urat
amris(otot pada leher),
3.Otot
jantung betis(anjing-anjing),
4. Jantung
paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di bahagian depan lengan dari siku
ke pergelangan tangan).
Terdapat
3 jenis otot iaitu :
1.Otot
rangka,
2.Otot
licin(polos),
3. otot
kardiak.
Hampir
semua otot rangka yang juga dikenali sebagai otot berjalur terlekat pada
tulang-tulang rangka melalui jalur yang berupa tali yang disebut tendon.Tendon
ialah urat yang menghubungkan sendi ke tulang seperti urat keting,urat
pengandar dan urat pengetul iaitu urat di belakang lutut.
Dalam
otot rangka terdapat otot fleksor dan otot ekstensor.Otot-otot ini terdapat
pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada sendi lutut,tumit dan di setiap sendi
jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot ini bekerja secara berlawanan antara
satu sama lain.Setiap otot boleh menyebabkan organ membengkok dan satu organ
lagi melurus.Otot-otot yang membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara
otot yang meluruskan sendi siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus
berperanan,kecuali sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat
kecederaan atau penyakit.
Otot
licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot yang melapisi sebahagian
besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi kencing dan rahim.Otot licin
ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah otot luar kawal,kerana ia
bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah otot jantung yang juga
merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin berbeza dengan otot
kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan daripada saraf.Dalam
kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls) di sepanjang
sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan dirangsangkan untuk
bergerak.
Fungsi Saraf.
Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa tindakan refleks.
Pada
manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan refleks.Kadang-kadang doktor
melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada seseorang itu normal atau
tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika duduk dengan kaki terlepas
bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu isyarat disampaikan di
sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron lain akan menyampaikan
isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah sampai ke otot yang
sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan,menyebabkan
otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.
Tubuh
manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung bersama untuk membentuk tisu-tisu
badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.Saraf
kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di otak dan menular ke
bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ bau di hidung dan
sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31 pasang,yang berasal
dari saraf tunjang di bahagian belikat.
Kebanyakan
aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls bergerak ke bahagian bawah
mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke tisu-tisu badan,menyebabkan
tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila dirangsangkan oleh saraf
yang membawa utusan dari otak,hasil daripada keputusan secara
sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan otak.Tisu
jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini mengandungi otot
luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut dan usus yang
sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika makanan
dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.
Ulasan