AKU menulis pasal DARAH



Fungsi dan Kegunaan Darah dalam Tubuh Manusia

Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darahjuga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.
Darah mempunyai fungsi sebagai berikut:
1. Sebagai pengedar sari makanan ke seluruh tubuh yang dilakukan oleh plasma darah Sebagai    pengangkut sisa oksidasi dari sel tubuh untuk dikeluarkan dari tubuh yang dilakukan oleh plasma darah
2. Karbon dioksida dikeluarkan melalui paru-paru,
3.  Urea dikeluarkan melalui ginjal Sebagai pengedar hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar buntu   (endokrin) yang dilakukan oleh plasma darah.
4.  Sebagai pengangkut oksigen ke seluruh tubuh yang dilakukan oleh sel-sel darah merah
5.  Sebagai pembunuh kuman yang masuk ke dalam tubuh yang dilakukan oleh sel darah putih
6.  Menutupi luka yang dilakukan oleh keping-keping darah
7.  Menjaga kestabilan suhu tubuh.


Komposisi

Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscle); yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.[1] Korpuskel adalah:
sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-
1. Albumin
2. Bahan pembekuan darah
3. Immunoglobin (antibodi)
4. Hormon
5. Pelbagai jenis protein
6. Pelbagai garam
Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.


Penghasilan dan penguraian sel darah
Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai hematopoiesis, yang merangkupi erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis, penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar thymus, yang terdapat di mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.[2] Komponen darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh hati, sementara hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal oleh hypothalamus dan dikekalkan oleh buah pinggang.
erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari sebelum ia diurai oleh limpa, dan oleh sel Kupffer dalam hati. Hati turut menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan asid amino. Buah pinggang secara aktif menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing.

Ulasan