HABBATUS SAUDA MAKANAN SUNNAH
HABBATUS SAUDA
Adalah sejenis tumbuhan berbentuk rumput kecil, mempunyai
batang yang tingginya lebih kurang
setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya
biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai
nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil
Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi. Mengandungi
lebih daripada 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat
membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh
manusia.Habbatus sauda ini ialah sejenis supplement/ubat yg dapat membetulkan
perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah
dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
KAJIAN PERUBATAN
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam
Hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’
kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit
kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh
universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai
journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat
tradisional Habbatus Saudayang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu. Berikut
ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-
Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang
tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina “Canon
of Medicines”)
Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya
memulihkan penyakit seperti batuk, “bronchitis”, masalah perut, kecacingan,
masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan
wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim
“Medicine of the Prophet”)
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian
dan mendapati Habbatus saudamempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan
unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine,
cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Professor G. Rietmuller- Bahan
ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem
immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai “bio-regulator’. (Professor G.
Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)
Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil
(Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali
sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti
badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus
Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan
kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti
badan.
Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di
Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan
bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara ‘helper T-cells’ dan
‘suppresser T-cells’ sebanyak 55%. Aktiviti ‘natural killer cells’ juga
menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.
Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi
(immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai
420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit
ini mengidap allergik terhadap ‘pollen’ dan habuk, jerawat dan saraf kulit,
pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang
lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai
ahli paling muda di World Academy of Scientist)
Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai
kesan ‘anti-tumor’ yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. (“Study of the Effects
of Nigella Sativa on Humans”)
Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya
menghentikan ‘inflammations’ dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor
Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)
Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory
of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang ‘bone marrow’ dan
sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan ‘interferon’ dan mempertahankan
sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga
berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang
menghasilkan “B cells”.
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama
habbatus sauda:
1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh
badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang
membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi
mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan
penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan
penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan
oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan).
Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis
bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma
selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara
berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda
berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk
digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia
mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal
bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus
sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti
cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati
boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma
(mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal,
kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon
yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang
menyusukan bayi bertambah.
Kajian Sarjana Islam
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang
ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al
Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat
mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran
menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala
(migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran
susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk
menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang
konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil
(saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone,
carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan
tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan
menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis,
asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi. Sumber
Ulasan